budak2 segak + cun

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

simpanan hari muka

Wednesday, August 24, 2011

panduan bersama

sharing is caring...
22 kewajipan isteri..sama2 renungkan :)

1. Wajib bagi seorang isteri:
i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.
iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.

Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.
iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.
2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:
” Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi.”
3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
4. Saidatina Aishah r.a berkata: “Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.”
5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali.”

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali’, maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya”.
Keterangan:
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.
7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya.”
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya”
Keterangan:
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.
9 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami.”
Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.
11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: “Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan.”
Maka baginda bersabda yang bermaksud:
“Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.”
Berkatalah perempuan itu: “Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada”
12 Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.
13 Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.
15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.
16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.
17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud:
“Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga”
19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.
20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
Keterangan:
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak
22 Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, mengipas dan lain-lain.


ps: copy paste je ni..bukan nukilan syafa :)

Sunday, August 21, 2011

10 malam terakhir ramadhan

awal2 ramadhan, berlumba-lumba nk turun pegi masjid nk solat taraweh kt masjid...
tp akhir2 ramadhan ni, malas giler nak turun ke masjid..
ape la nak jadi...
pemalash nye cik syafa ni..
selalu je dgr tazkirah la baca info2 la pasal 10 malam akhir ramadhan ni..
tp xtaw la apsal kerasnye hati syafa ni..
nak lailatul qadar tp malash...
apa kes la....
sekali je skip trun e msjid, trus next day nya dh malash dah...
aiyya cane la ni...
ni mesti symptom2 nak balik kg punye psl la ni...
xpasal2 kg jadi mangsa..hahaha
tolongla muhasabah diri syafa..
masih ade mase nk berubah...
oke2, esk syafa janji syafa nk turun pegi masjid dah...
xmo malash2 dah..
ya Rabb, kurniakanlah kesihatan yang baek untuk syafa supaya syafa dapat beramal ibadat padamu..ameen

semoga Allah bagi kesempatan untuk syafa habiskan 30 juzu' al-quran...6 juzu' masih berbaki...itu saja harapan syafa....ameeeen

caiyok3!!!!

Wednesday, August 17, 2011

so excited..

ekceli im so excited to go home...
x sabar giler nak balik kg..
nak bersahur, berbuka with my beloved family..
only 1 week jer lagi nak balik kg..yahoooo kekeke
cam terlebey excited suda syafa ni...
but sometimes im feel so sad...
cause after raya adik tersayam syafa dah x ikut syafa balik kl dah...
after raya she juz want to stay at hometown..
cam x best lak bila dia dah x tinggal ngan i..huhu

excited nak raya sampai lupa seketika diri ini akan berkahwin after raya..kekeke
almaklumla, so excited nak raya ngan family..
lagi2 lagu raya ada di mana2...
mood raya tu terlebey2 suda...kekekke
next year belum tentu lagi dapat raya same2 dengan semua my sibling..
dah semua kawen, of course la masing2 ikut turn..huhu
ramai kawan2 syafa tanya cane persiapan nak kawen...
syafa ase semua will b ok..inshaAllah

Tuesday, August 9, 2011

so sleepy

cane nk kawen ni..
jam baru 9.30 pm tp mata dah layu semacam..
macam x tido seminggu...
aishhhh x ley jadi ni..
dah try buat mcm2 daaaaaa
tp xda kesan...(padahal xde buat ape pon...hahhaha)
cane tah nk kawen...
terfikir2 lak..
risau jugak nanti hubby cakap sorag2..
c wife dah terbongkang tido x sedar diri...kekeke
cane ek nak latih diri tido lewat????
lately, asek rase so sleepy la...
huhuhu

Tuesday, August 2, 2011

suka x puasa????

dah 2 hari ramadhan berlalu....
best x puasa??best kan...
syafa baru jer fikir cam nk buat OT wekeend nanti..
tp bila di fikir balik...ermmm x nak la..
syafa nk rest kt rumah jer la..
boleh pegi taraweh malam2 dengan semangat skit..
kalo hari berkerja ni, syafa cm penat jer..huhu x larat pon nk buat 20..buat 8 jer
inshaAllah wekeend syafa bajet nk ikut smpai 20...semoga Allah permudahkan...ameen

syafa tetiba terfikir sejenak...
apa lagi yg kita cari dalam hidup ini..
sepanjang tahun kita asek fikir nak cari duit..
duit nak saving la..nak melabur dalam ASB la..duit nak beli rumah la..duit nak beli kerta la...macama2 yang kita impikan...
kita bekerja setiap mase untuk dapatkan duit...
betul x????
tapi pernah x kita cuba berfikir sejenak...
di mana saham akhirat kita??
kita berpuasa tapi kika x solat...
apa makna semua itu kan???cubalah kita sama2 insafi diri seketika..
apakah kita dah bersedia untuk akhirat kita???
sudah cukupkah amalan kita untuk di bawa ke alam sana????
ayuh teman2 yg syafa sayangi...
sedarlah..bangkitlah dari lena panjang..kita dah terbawa arus dunia...dunia ini hanya persinggahan kita semata2...
dunia dah akhir zaman...

di bulan yang mulia yang penuh barakah...sama2 lah kita bangkit dari lena panjang..
ubahlah mana2 yang patut diubah..
kita sudah dididik oleh mama papa kita dengan sebaik2 didikan..
hargailah jasa mereka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...