budak2 segak + cun

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

simpanan hari muka

Friday, April 8, 2011

syafa punye !!!!

syafa cari-cari artikel pasal ASB ni..maklumla dh keje kan..ase nk saving sikit.hehehe pastu kwn2 ade citer sal pelaburan la pinjaman la..so, free2 ni syafa godek2 la cari info..terjumpa la artikel ni..bgus tuk kongsi bersama kawan2..hehehehe

berfikir sebelum bertindak !!!!


Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?

Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00

Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)

Bayaran balik sebulan : RM 377.22

Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?

Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :

Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )

Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80

Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?

Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;

Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22

Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)

Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)

Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )

Perbezaan:

Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)

Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)

beza : RM 27,260.07

Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.

Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?

Tidak perlu bersusah payah.

Masih bank yang sama.

Masih kaunter bank yang sama.

Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman

Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!

Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!

CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.

UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?

*dipetik dari blog Pelaburan Amanah Saham

8 comments:

  1. Kak Syafa , saya tak paham @_@"
    ASB nih macam complicted je @_@"

    ReplyDelete
  2. akk buat conclusion jer boleh x??
    hehehe
    nk katanya, better kite pegi bank, sving sndri dr kite buat loan tuk saving..
    phm x??
    tp susah la skit sbb kiter ni bukan rjin nk pegi bank nk saving kn??pegi shoping nk habiskn duit, kiter rajin sgt2 la kn hehehehe

    ReplyDelete
  3. yes!mmg cara ni org guna skg...faster & more effective! :):)

    ReplyDelete
  4. tapi asb ni mcm ade sth kot k.no.....sorry xbace habis entry sbb banyak sangat no.malas nk pikir..kui4.....try tgok zaharuddin.net

    ReplyDelete
  5. ada bagusnya kita simpan sendiri duit tu, masalah utama kita bolehkah kita secara consisten menyimpan duit tu yer, ini yang jadi persoalan ni, contoh la, bila saya beli kereta, boleh lak saya membuat bayaran secara tetap setiap bulan, tapi kalau saya nak simpan sejumlah duit seperti nak simpan duit untuk kereta tentunya akan jadi sangat sukar.Nanti ada je yang bocor sana sini, hehe, pokoknya tepuk dada tanya selera...kalau syafa boleh simpan duit gaji sebanyak tu sebulan dan simpan dalam asb consisten selama 240 bulan saya tabik spring la..

    ReplyDelete
  6. Salam...kita tidak tahu apakah masalah setiap individu..memberi nasihat mungkin lebih mudah berbanding orang yg sedang berfikir untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete
  7. suka juga peLaburan ini... :-) keuntungan berlipat kali ganda dalam jangka waktu yang panjang.. berbaloi...

    ReplyDelete
  8. memang tak digalakkan buat pinjaman utk melabur kerana hasil pelaburan perlu pula tolak % pinjaman. kadang2 % pelaburan amanah saham tidak menentu. takut pula jika tiba2 rendah drp % pinjaman. Bukan untung yg dapat tapi rugi. sebaiknya simpan secara tetap bukan pinjaman, itu lebih menenangkan hati drp tiba2 kita tersangkut nk buat bayaran pinjaman atas sebab2 kecemasan. maaf jika salah tapi itulah yg saya akan nasihatkan pd org lain juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...