budak2 segak + cun

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

simpanan hari muka

Wednesday, August 24, 2011

panduan bersama

sharing is caring...
22 kewajipan isteri..sama2 renungkan :)

1. Wajib bagi seorang isteri:
i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan suaminya.
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan. Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi keharmonian rumahtangga.
Suami bagi si isteri bak ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh nasihati suami dengan hikmah.
ii. Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri membenarkan rakan lelaki sekerjanya menyentuh kulit tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau menghargainya.
iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan oleh Rasulullah SAW, walaupun diatas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.

Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan kelamin pada bila-bila suami minta.
iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau keluar rumah tanpa izin suami maka si siteri akan dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si suami. Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan martabat suamimu itu.
2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:
” Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di muka bumi.”
3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya, maka dia di dalam kemurkaan ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira dan meredainya.
4. Saidatina Aishah r.a berkata: “Wahai kaum wanita! Seandainya kamu mengerti kewajipan terhadap suamimu, tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya.”
5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tertolak solatnya oleh ALLAH dan tidak diangkat kebaikan mereka ke langit ialah:
i. Hamba yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali.
ii. Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.
iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia sedar kembali.”

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya ‘Tidak pernah aku melihat kebaikanmu sama sekali’, maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya”.
Keterangan:
Maksud hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah segala pahala amal kebajikan si isteri.
7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja seorang isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka haramlah bau syurga keatasnya.”
Keterangan:
Hal ini biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat lagi kepada suaminya. Kecualilah atas sebab tidak dapat menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang dikhuatiri suaminya akan terkecewa.
8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada suaminya”
Keterangan:
Hal ini terjadi biasanya untuk suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti.
Ada juga isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan kesusahan suami tidak pernah dihargai.
9 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Urusan pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan suaminya (adakah dia melaksanakan tanggung jawab serta kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)
10 Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: “Empat perempuan yang berada di Neraka ialah:
i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii. Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum lelaki dan memperlihatkan perhiasan kecantikannya (untuk menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali makan, minum, bersuka-suka dan tidur. Dia juga tidak mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya jika dia bersuami.”
Keterangan:
Seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati kecualilah dia bertaubat.
11 Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi Muhamad SAW: “Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan kepadaku apa kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan.”
Maka baginda bersabda yang bermaksud:
“Kalau mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.”
Berkatalah perempuan itu: “Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selagi dunia ini masih ada”
12 Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajipan terhadap ALLAH sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap suaminya. Seandainya suaminya meminta untuk digauli sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta maka tidaklah dia si isteri boleh menolaknya.
13 Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya adalah wajib dan begitulah jua isteri untuk suami. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.
14 Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam segenap hal tanpa merasa kecil hati jika saranannya tidak dipersetujui.
15 Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci oleh suaminya.
16 Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan hati suaminya.
17 Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama serta mengamalkannya.
18 Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah (anaknya) yang bermaksud:
“Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir disungai-sungainya dan diringankan ALLAH baginya Sakaratul Maut dan akan didapati kuburannya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga”
19 Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama mana berbuat demikian, selama itulah akan didoakan keampunan baginya oleh para malaikat.
20 Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
Keterangan:
Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.
21 Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang koyak
22 Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa bergurau senda, seperti memicit, mengipas dan lain-lain.


ps: copy paste je ni..bukan nukilan syafa :)

2 comments:

  1. nak copy leh x.. nak bagi kat bakal isteri saya

    http://www.contengcorner.com/2011/09/korban-demi-dia.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...