budak2 segak + cun

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

simpanan hari muka

Wednesday, November 10, 2010

tatapan semua....


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. oleh itu, ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..


Aku tak sebijak b0nda khadijah.... ku ingin kau tahu, aku boley saja berbuat salah . Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat kelihatan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk dengan urusan di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan kelihatan kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan anak-anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja.. ataupun kau akan berhadapan denganku dalam keadaan yang sangat penat sehingga tersengguk2 ketika mendengar kau bercerita..bukanla niat ku untuk berkelakuan seperti itu kerana kau harus sedar bahawa di saat matamu nyenyak dibuai mimpi, aku harus bangun untuk menjaga anak kecil kita yang meragam dimalam hari dan aku tidak sesekali akan mengejutkan kau dari pembaringan kerana aku tahu tugasmu di luar sana lebih penat..Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..


Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan berhadapan denganku dalam keadaan marah, menangis, mudah tersentuh hati dan jiwa berkecamuk, bukanla niat aku untuk menyusahkan kau untuk melayan aku tetapi sedarla bahawa aku wanita biasa..aku juga memerlukan waktu dan ketikanya untuk mencurahkan segala rasa hati padamu..dan bukanla aku berniat untuk menyusahkan kau untuk melayani aku tetapi cukupla hanya dengan pelukan dan belaian manja darimu..kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku....


Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..


Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajarku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..


Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau idamkan puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah iaitu rasa cintaku padamu..


Ketahuilah.. setiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukanla seorang puteri idaman.. Aku hanya wanita biasa..



p/s : untuk ingatan bersama..aku 'kopi' dari fb jer ni..bkn hasil karya aku..tp ni sbg ingatan dan tatapan bersama..;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...